Thursday, July 24, 2008
Semasa darmawisata di Malaysia , Selanggor selama 3 hari , saya sudah pelajari banyak tentang permainan dan makanan tradisional melayu . Satu daripada permainan tradisionalnya ialah Wau . Permainan Wau sangat popular kepada kanak-kanak dan juga orang-orang kampung . Orang-orang kampung selalu akan terbangkan Wau mereka jika ada waktu lapang . Wau adalah seperti layang-layang hanya wau lebih besar sedikit . Kulit wau selalu dihiasi dengan corak kain batik dan jika ikut
modern , ia selalu dihiasi dengan bunga-bunga dan binatang-binatang . Bentuk Wau selalunya bentuk burung jika ikuti cara tradisional melayu . Jika tidak berbentuk burung , ia juga ada bentuk bunga , bunga tradisional melayu . Kita boleh beli Wau di kedai ataupun boleh dibuat sendiri . Wau senang hendak dibuat . Semasa di Selanggor , mereka mengajar kami bagaimana hendak membuat wau . Kita perlu 2 lidi - tebal dan tipis , dan yang tipis kita harus bengkoknya dan lekatnya dengan lidi tebal , dan barulah lekatkannya dengan kulit wau itu . Wau selalu dimain jika ada waktu lapang . Ia akan dimain jika ada angin yang kuat . Bukan sahaja kanak-kanak yang bergembira jika bermain dengan wau , kami semua warga Singapura akan berasa gembira . Wau itu boleh dimain oleh sesiapa pun . Semasa di situ , saya berpenggalaman untuk terbangkan wau itu . Ia amat menyeramkan kerana wau itu sudah berada di langit dan kami harus pegang dengan erat jika tidak ia akan terlepas . Saya boleh rasa tarikan graviti dengan kuat sekali . Wau itu adalah permainan menguji kesabaran . Kita harus bersabar jika hendak terbangkan Wau itu kerana sukar sedikit untuk terbangkan wau tersebut . (:
♥ Walaikummusalam Wr Wb,
3:19 AM